Sunday, April 8, 2012

Anda Diabetes ? .. ini mungkin membantu.

1. Cuka buah.
Ini termasuk cuka epal dan thamar yang agak mudah didapati dipasaran. Kajian klinikal ke atas sekumpulan pesakit kencing manis yang menggunakan satu sudu cuka sebelum tidor menunjukkan profile gula ( morning 2 hours postprandial ) yang lebih baik. Asid asetate yang terkandung di dalam cuka berupaya untuk melambatkan penyerapan karbohidrat dari usus dan mengurangkan peningkatan paras  gula yang mendadak.

2. Habatus Sauda (Nigella Sativa ).
Herba yang disebutkan didalam Al Quran sebagai sumber potensi rawatan pelbagai penyakit. Habatus sauda mungkin boleh membantu organ  pankreas membaiki sel sel beta yang merembeskan hormon insulin. Pengambilan yang berterusan sebanyak 2 gram sehari mungkin boleh membantu tubuh badan anda. Kajian tahap " toxicity level" menunjukkan habatus sauda boleh diambil pada dose yang tinggi tanpa merosakkan fungsi organ.

3. Cinnamon.
Cinnamon atau kayu manis menjadi daya tarikan saintis makanan. Kayu manis mengandungi bahan yang bertindak seperti insulin. Penggunaan yang berterusan mungkin boleh membantu sel lebih sensitif kepada tindakan insulin ( insulin sensitivity ). Kajian dilakukan menggunakan sehingga 3 gram cinnamon per day. Penggunaan seharusnya dihadkan kepada  1 sudu teh sehari ( bersama makanan berat ) yang boleh ditaburkan keatas makanan atau dibancuh dengan air panas dan diminum atau dibancuh dengan teh. Kayu manis tidak boleh diambil sangat berlebihan  (tidak melebihi 2 sudu makan sehari )  kerana kandungan coumadin. Coumadin berinteraksi dengan ubat pencair darah warfarin dan pengambilan yang terlalu tinggi akan mengganggu fungsi ginjal dan hati.

4. Seabuckthorn. 
Lebih 700 publikasi kajian telah dilakukan ke atas buah berri liar yang banyak tumbuh di Mongolia. Kajian-kajian banyak menjurus kepada kebaikan pengambilan buah ini untuk pesakit kencing manis yang berisiko tinggi untuk menghidap komplikasi yang melibatkan sistem2 dalam tubuh badan.

No comments:

Post a Comment