Contoh yang paling mudah secara mata kasar dilihat pada pemyembuhan luka. Setiap saat tubuh badan kita sentiasa bekerja untuk membaiki segala kerosakan termasuk menghalang pembentukan kanser.
Bagaimana untuk mengekalkan kesihatan kita. Berikut adalah elemen-elemen kesihatan yang penting.
1. Emosi (spiritual )- keadaan emosi yang baik menjauhi tekanan perasaan membantu badan beroperasi dengan lebih baik. Tekanan perasaan telah dikaitkan dengan peningkatan penyakit kardivaskular, gastric ulcer, hypertension, obesity dan peningkatan kes-kes kanser. Untuk umat Islam perkara ini menjadi lebih mudah dengan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan berzikir dan sentiasa bersyukur atas apa yang dianugerahkan.
2. Social. Ini melibatkan hubungan masyarkat yang baik. " social networking " yang baik menjadikan seseorang itu gembira dan mengurangkan tekanan hidup. Ini termasuklah hubungan kekeluargaan yang baik. Kegembiraan dalam hidup telah dibuktikan meningkat sistem immuniti tubuh badan dan ini pastinya ia akan melindingi badan dengan lebih sempurna.
3. Physical. Amalan hidup sihat memainkan peranan yang amat besar untuk menjamin kesejahteraan tubuh. Ini termasuk:
- Pengambilan makanan yang sihat termasuk pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang secukupnya. Jumlah karbohidrat yang tidak berlebih-lebihan dan pengambilan protein kurang dari 25% sehari. Sayuran dan buah-buahan mengandungi kandungan micro/macro nutrient yang tinggi untuk membantu sel-sel tisu pada tahap optimum.
- Cergas melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh samada bersukan, berkebun dan lain-lain. Ia akan menguatkan sistem jantung dan pembuluh darah. Senaman telah dibuktikan membantu pesakit diabetes mengawal gula dan menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
- Tidur yang cukup untuk membolehkan badan memperbaiki dirinya sendiri sebelum memulakan hari baru keesokan harinya.